Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilihat semakin terbuka menyatakan perasaan cinta dan kasih sayang terhadap tunangnya yang juga selebriti terkenal, Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah, Syed Saddiq Nikah Pada 10 Oktober Ini

Artikel Berkaitan: Netizen ‘Zoom’ Telefon Bimbit Syed Saddiq, Foto Bersama Bella Astillah Diselit Belakang ‘Casing’ Curi Perhatian

Pendirian Syed Saddiq

Menerusi perkongsian di sebuah program, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, menegaskan bahawa Bella adalah wanita yang dipilih untuk menjadi suri dihatinya meskipun mereka mempunyai banyak perbezaan.

Saya rasa walaupun kami mungkin tak sekepala, tak satu ‘geng’, tetapi pilihannya tidak berubah dan wanitanya berada di sisi saya.

Tambah Syed Saddiq, dia yakin bahawa keperibadian yang ada pada diri Bella boleh memberi kebahagiaan dalam hidupnya.

Yang penting ialah seseorang yang memahami saya, boleh membawa kebahagiaan.

Seseorang yang apabila saya tengok dan kenal, kita tahu serta-merta dialah orang yang kita mahu bersama sepanjang hidup.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan ketegasan Syed Saddiq mengenai keputusannya untuk mengahwini Bella.

Dalam masa yang sama, warganet turut mendoakan agar bakal pasangan mempelai itu dipermudahkan urusan terutama menjelang hari bahagia mereka.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan mereka bakal disatukan pada 10 Oktober ini menerusi satu hantaran video di Instagram pada Rabu.

Syed Saddiq juga memaklumkan majlis tersebut bakal berlangsung di Tingkat 118, Menara Merdeka, dengan konsep serba putih yang disulami elemen bertemakan Arab.

Untuk info, Syed Saddiq dan Bella dilapor mula berkenalan dengan lebih rapat pada 2025 sebelum mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.


Sumber: Threads/Meletop