Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall berkongsi berita kehamilannya di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Dakwa Bekas Suami Culas Beri Nafkah – ‘Kau Tak Bayar Yuran Sekolah Anak, Bawa Bini Pergi Shopping Boleh Pula’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Nafi Buang Uciluna – ‘Mak Panggil Ajak Jumpa Pun Tak Nak’
Kena molar pregnancy
Menerusi rakaman video berdurasi 1:38 saat di TikTok, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, menunjukkan kit kehamilan dia positif hamil tiga minggu lebih.
Reaksi gembira turut kelihatan di wajah suaminya yang juga merupakan pempengaruh, Aiman Tak Kesah.
Tambah Siti, sebenarnya dia mahu menyorok berita kehamilan itu sehingga bayinya besar. Namun, tidak kesampaian dan tiada rezeki apabila dia mengalami kehamilan molar.
Rancang nak sorok dulu sampai baby besar. Tapi tak kesampaian. Tak ada rezeki. Siti kena molar pregnancy. Siapa ada pengalaman boleh share dekat komen.
Menurut sumber Doctor Health Centre, kehamilan molar adalah kondisi yang terhasil apabila gabungan sperma dan ovum tidak menjadi seperti yang seharusnya.
Ianya boleh diklasifikasikan sebagai “molar penuh” ataupun “molar separa”. Hasil penggabungan yang tidak menjadi ini menyebabkan penggandaan sel-sel zigot yang rosak dan seterusnya memberikan gambaran seolah-olah seperti anggur yang tumbuh dalam rahim.
Video
@sitijamumall esok kena warded? takuttt
Sumber: Siti Jamumall