berita

[VIDEO] Siti Jamumall Dakwa Bekas Suami Culas Beri Nafkah – ‘Kau Tak Bayar Yuran Sekolah Anak, Bawa Bini Pergi Shopping Boleh Pula’

March 29th, 2024 | by Alia
Kini Trending

siti jamumall

Usahawan dan personaliti media sosial, Siti Jamumall mendakwa bekas suaminya culas dalam memberi nafkah kepada anak-anaknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Gatal, Saya Dulu Yang Kahwin’ – Siti Jamumall Nafi Cerai Kerana Teman Lelaki

Artikel Berkaitan: ‘Dapat Nafkah RM50 Setahun, Sampai Bila Tanggung Biawak Hidup’ – Siti Jamumall

Siti tanggung kewangan anak

siti jamumall

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin mendakwa bekas suami ada menghubunginya dan meluahkan rasa tidak berpuas hati berikutan pendedahan tidak membayar yuran sekolah anak.

Saya buat live dengan anak saya dan dia menangis. Saya cakap dengan anak, ‘mummy nak cari duit nak besarkan kamu, beli susu, lampin dan nak sekolahkan kamu..kalau nak harapkan bapa kamu memang tidaklah.’

Selepas itu, dia (bekas suami) telefon dan marah-marah saya. Dia tanya saya kenapa saya cakap macam tu dalam live?

Dah memang betul, kau tak bayar yuran sekolah anak aku..anak aku nak sekolah macam mana kalau bukan aku yang bayar?

Menurut Siti, sebagai ibu dia yang banyak berkorban dalam memastikan kesenangan anak-anak berbanding bekas suami yang didakwa bersikap lepas tangan selepas bercerai.

Kita ni bersusah payah, kau kahwin lagi boleh pula? Kau bawa bini kau ke sana ke sini..pergi shopping boleh pula? Anak nak sekolah sepatutnya tak ada alasan tau. Macam mana pun dia tetap kena sekolah. Jadi bapa tu bertanggungjawab la sikit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju Siti menyuarakan tentang isu nafkah di media sosial berikutan terdapat segelintir lelaki yang didakwa tidak menjalankan bertanggungjawab sebagai bapa.

Betul Siti, tanggungjawab bekas suami membesarkan anak-anak.

Biasalah tu, bila kita bersuara terus nampak kita salah, sebarkan aib la itu ini. Walhal kita cakap benda yang betul.

Memang banyak kes bekas suami lepaskan tanggungjawab, tak bagi nafkah kepada anak-anak.

Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.

@sitijamumall

memang mintak kena maki!

? original sound – sitijamumall – sitijamumall

Sumber: TikTok Siti Jamumall

SKIP THIS AD ×