Foto: Suara
Sebelum ini, selebriti media sosial Indonesia, iaitu Lucinta Luna berkongsi sebuah video di laman Instagram yang mendakwa dirinya sedang hamil. Bahkan, bukti dua garis yang terpapar di pregnancy test dan riak wajahnya yang mual-mual juga menguatkan lagi dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, perkongsian itu membuatkan rata-rata netizen ‘pening’ kerana tahu statusnya dirinya yang merupakan seorang lelaki.
Artikel Berkaitan: Lucinta Luna Tunjuk ‘Pregnancy Test’ Dakwa Sedang Hamil, Rakyat Indonesia ‘Pening’
Terbaru, seorang doktor menerusi satu video di laman TikTok, tampil menceritakan perkara sebenar di sebalik kehamilan Lucinta Maya.
Perkara sebenar
Foto: Tangkap layar video
Perkongsian Lucinta secara tidak langsung membuatkan netizen tertanya-tanya dan pening bagaimana keputusan pregnancy test tersebut menunjukkan dua garis yang memberi maksud dia sedang mengandung. Seorang doktor dikenali sebagai Arifandi Sanjaya menjelaskan pregnancy test jika diuji oleh lelaki lazimnya akan positif kerana terdapat hormon jenis Beta-HCG.
Sebenarnya jika test kit positif, itu ada kaitan dengan peningkatan hormon Beta-HCG di mana hormon tersebut boleh terbentuk oleh lelaki atas beberapa penyakit tertentu. Antaranya adalah kanser testis.
Jadi buat golongan lelaki yang mencuba pregnancy test kit dan keputusannya menunjukkan tanda positif, berhati-hatilah.
Terdahulu, Lucinta kerap berkongsi aktivitinya seperti ibu mengandung iaitu minum susu di laman Instagram yang secara tidak langsung menghiburkan warganet.
Video penuh:
@badassdoctorIzin ##stitch yah kan yakk ##testpack ##positive ##betahcg ##kanker? original sound – BADASS
Sumber: Badass Doctor