![[VIDEO] Prince Syed Kongsi Rutin Harian, Taksub Cantikkan Isteri](https://asset.ohbulan.com/2025/06/prince-syed-2.jpg)
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed berkongsi rutin hariannya menyiapkan isteri dan anak-anak terutama di hari raya.
Artikel Berkaitan: Prince Syed Tak Melatah Disindir Bawa Isteri Bercuti Di Cameron Highlands, Dedah Pernah Berhabis Lebih RM20K
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bertatahkan Batu Swarovski, Prince Syed Perhabis RM890k Buat Baju Raya Isteri
Siapkan isteri dan anak anak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik d TikTok, Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman dilihat menguruskan isterinya pada pagi hari Raya Haji.
Ujarnya, tanggungjawab menguruskan urusan rumah tangga dipikul sepenuhnya oleh seorang suami.
Rutin setiap hari saya akan siapkan isteri dan anak-anak serba lengkap.
Inilah realiti hidup saya. Bukan lakonan tapi ini rutin harian terutama hari raya, hari istimewa.
Sebagai seorang lelaki, tanggungjawab urus rumah tangga dipikul sepenuhnya oleh suami.
Taksub cantikkan isteri

Berkongsi lebih lanjut, Syed akui rela hati untuk menyediakan segala persiapan untuk isteri dan anak-anak.
Tambah Syed, dia taksub mencantikkan isteri dan anak-anak.
Saya taksub mencantikkan isteri dan uruskan anak-anak.
Saya suka segalanya sempurna tapi saya tidak cerewet.
Cukup sekadar nampak kemas asalkan selesa, tidak memaksa.
Dalam pada itu, Syed bersyukur dengan persiapan Raya Haji tahun ini yang teratur dan sempurna.
Sumber: TikTok @Prince.syed.shahid








