Pendakwah bebas, PU Amin memberi penerangan tentang isu wanita yang mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza tanpa membawa mahram mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Apa Aku Kata Tentang Mahram?’ – Rizalman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imam Muda Asyraf Kongsi Pesanan Terakhir PU Rahmat, Minta Tenangkan Ibu – ‘Kalau Kita Tak Jumpa..Jumpa Di Syurga’

Penerangan PU Amin

Menerusi perkongsiannya di sebuah stesen radio, PU Amin menerangkan tentang hukum wanita bermusafir tanpa mahram.

Hukum asal wanita memang tak dibenarkan bermusafir tanpa mahram.

Tapi ada khilaf dalam kalangan ulama.

Ada hadis Nabi mengatakan larangan musafir tanpa mahram sebab di dalamnya nanti akan hilang keamanan atau rosak keselamatan, maka mahram itu tadi akan membantu menyelamatkan wanita yang dijaga.

Bagaimanpun, menurut PU Amin terdapat pengecualian yang diberikan kepada wanita berdasarkan beberapa situasi yang dibenarkan oleh para ulama.

Tapi kita kena ingat, ada pengecualian dalam keadaan tertentu. Agama ini walau ada satu hukum pada asalnya memang tak boleh, tapi ada pengecualian.

Contohnya hadis Safar di zaman Nabi, ada wanita-wanita meninggalkan suami dan mahram untuk berhijrah dengan Rasulullah SAW.

Amalan para sahabat juga apabila melihat sesuatu rombongan itu aman dan terjaga, contohnya seperti kita pergi umrah bukan dengan mahram tetapi yang sertai ada sekumpulan wanita bersama.

Yang kita percaya di dalamnya takkan ada ikhtilat, maksiat, pencerobohan dan kapal terbang pun selamat maka itulah perjalanan yang dibenarkan walaupun tanpa mahram.

Jadi kita setuju, walaupun ada ulama mengatakan haram tapi ada sebahagian ulama meletakkan pengecualian.

Pada zaman Nabi ada seorang wanita hebat namanya Khaulah Binti Al-Azwar, dia keluar pergi perang sehingga syahid walaupun dianggap lemah.

Jihad ke jalan Allah

Melihat situasi saudara Islam di Gaza, PU Amin berpendapat ada keperluan untuk kaum wanita menjadi antara peserta misi kemanusiaan ke negara bergolak tersebut.

Sebab bila sampai di Gaza, kita tahu ada wanita-wanita yang perlu untuk disantuni dengan doktor wanita dan mesti ada pakar psikologi wanita.

Pasti ada ibu-ibu yang nak berpelukan dan meluahkan perasaan kepada aktivis wanita.

Jadi apabila ada kaum wanita yang pergi, perjalanan kita lagi lengkap dan paling penting dapat restu.

PU Amin berkata, dia juga menjadi saksi dengan melihat ahli keluarga peserta Global Sumud Flotilla memberikan restu mereka sepenuhnya.

Seluruh aktivis kita dapat restu iaitu daripada suami dan keluarga. Mahram mereka semua hantar dekat lapangan terbang.

Saya tengok sendiri, seluruh keluarga memberikan sokongan tak ada satu isu pun yang mengatakan pergi dalam keadaan tidak ada izin.

Mereka berkorban tinggalkan keluarga dan kerja sebab nak bawa suara kita, nak bantu anak-anak serta ibu-ibu yang sedang menderita di Gaza.

Sumber: Suria FM