![[VIDEO] PU Riz Didatangi Wanita Warga Emas, Tersentak Dengar Kisah Duka – ‘Dia Ada 10 Anak Tapi Seorang Pun Tak Ambil Tahu’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/pu-riz-22.jpg)
Pendakwah bebas PU Riz, berkongsi satu momen yang tidak dapat dilupakan olehnya apabila didatangi oleh seorang wanita yang sudah berusia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Dedah Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Kerana Niqab – ‘Mereka Akhirnya Rayu Semula Dengan Tawaran Berganda’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Bertegas Tentang Tanggungjawab Suami – ‘Tahu Tak Pasal Haid Wanita? Itu Wajib Dipelajari’
Kasihnya ibu
Menerusi hantaran di Instagram, PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail dilihat sedang menyampaikan ceramah sebelum didatangi wanita tersebut.
Wanita berkenaan secara spontan mengalunkan ayat suci Al-Quran dan turut berkongsi tentang kisah dukanya.
Bacaan ayat Al-Quran bagus, saya pun turut menikmati bacaannya.
Dia pun dah lanjut usia tapi yang sedihnya adalah, dia kata dia mempunyai 10 orang anak tapi seorang pun tak ada yang ambil tahu tentang dia, tidak menjaga dia.
‘Saya ada 10 orang anak tapi seorang pun tak nak menjaga saya.’
Nasihat PU Riz

Tersentak dengan kisah wanita tersebut, PU Riz menitipkan nasihat kepada semua anak-anak supaya tidak mengabaikan ibu bapa mereka.
Mak ni kalau dia angkat tangan (doa), susah kita nak gagal.
Dia doa kejayaan untuk kita kerana berkat dia diperakui oleh nabi-nabi dan Allah SWT.
Anak-anak yang ada pada hari ini jangan pernah sekali abaikan mak ayah kita. Dalam Al-Quran, pengkhususan doa untuk mak itu ditekankan.
Dalam masa yang sama, suami kepada selebriti dan usahawan, Neelofa juga menasihati anak-anak supaya menjaga hubungan baik dengan ibu bapa.
Kalau anda hari ini seorang anak yang abaikan mak ayah anda sehingga ada yang menyebabkan kematian, merempat macam mana yang kita nampak hari ini..mustahil awak dapat syurga, tanpa baiknya hubungan dengan mak ayah.
Siapa yang tak ada hubungan baik dan mak dia tak maafkan, kalau dia mati..ada yang menyatakan, bakar lagi bagus.
Baik dengan mak bukan satu pilihan, ia adalah usaha. Walaupun mungkin mak kita tidak menyukai kita, tidak ada alasan untuk kita tidak sayang mereka dengan baik.
Sumber: IG PU Riz






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
