![[VIDEO] PU Riz Bertegas Tentang Tanggungjawab Suami – ‘Tahu Tak Pasal Haid Wanita? Itu Wajib Dipelajari’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/pu-riz-987.jpg)
Pendakwah bebas, PU Riz menegaskan tentang tanggungjawab dan peranan suami terhadap isteri dalam membina rumah tangga berdasarkan pengetahuan agama Islam.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Terlalu Pedas’ – PU Riz Selar Individu Hina Kematian Pelajar UPSI
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ameera Tutup Dulu’ – PU Riz Tegur Adik Ipar Terselak Tudung, Netizen Puji Nasihat Diberi Dengan Sopan & Lembut
Tanggungjawab suami
Menerusi sebuah podcast, PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail menasihati para suami supaya mementingkan tanggungjawab mereka terhadap keluarga berbanding orang lain.
Menurut PU Riz, selepas mendirikan rumah tangga, keluarga adalah keutaman yang perlu diberi perhatian.
Dulu masa berkawan, kita berjanji sehidup semati, nak ajak lepak pun boleh sahaja.
Tetapi apabila sudah berkeluarga, tanggungjawab kita lebih kepada keluarga.
Ada yang kata kena ‘gari’ dengan isteri, sebenarnya istilah itu tidak berapa tepat. Maksud yang lebih besar adalah, tanggungjawab itu diberi perhatian.
Didikan kepada isteri

Selain itu, pendakwah berusia 30 tahun itu juga menekankan tentang didikan ilmu agama yang perlu diketahui suami dan wajib diterapkan kepada isteri.
Didikan pada isteri itu wajib.
Kalau kita bertanya kepada kaum lelaki, tahu tak darah wanita macam mana? Itu sebenarnya wajib dipelajari, bukan sunat. Ini adalah kewajipan yang ramai orang tak perasan.
Apabila isteri bertanya tentang haid, ‘haid saya datang sudah lebih dari tujuh hari..jadi boleh sembahyang atau tidak pada hari kelapan?’
Kalau orang yang tak tahu dan dia jawab, ‘ikut awaklah’. Habis kena tanggung suami dosa itu kerana tidak beri didikan.
Begitu juga dengan puasa sunat. Kalau suami itu berkehendak terhadap isteri, isteri tak boleh puasa sunat. Dia kena tanya suami dulu sebab mungkin suami mahu bersama dengan dia. Isteri kena utamakan yang itu.
Seluruh kehidupan dia, dia memerlukan kita. Jadi takkan kita nak melepak di luar.
Sumber: TikTok Isi Minyak Luu







