Pendakwah bebas, PU Riz, menegur trend TikTok yang semakin popular melibatkan penggunaan dialog “Aku berlutut? Tidak akan…” yang berasal daripada watak Alucard dalam permainan atas talian Mobile Legends.

Artikel Berkaitan: Neelofa Jawab Dakwaan Netizen Sengaja Menunjuk Bilal Pandai Mengaji – ‘Jangan La Komen Tak Baik Sangat’

Artikel Berkaitan: PU Riz Respon Tindakan Mimi Fly Sunting Semula MV – ‘Apa Yang Dia Buat Lebih Baik Dari Majoriti Orang Yang Terima Teguran’

Trend TikTok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 30, berkata meskipun trend tersebut kelihatan sekadar hiburan, namun umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam memilih konten yang ingin diikuti.

Kalau nak buat lawak ada parameter, di mana boleh dan tidak boleh.

Suami kepada usahawan dan selebriti, Noor Neelofa ini turut mengingatkan bahawa tidak semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka, apatah lagi jika ia bercanggah dengan nilai agama.

Begitu juga kehidupan, ada benda yang betul dan ada yang salah. Kalau kita nak buat ikut suka hati kita, beritahu kawan-kawan suruh chill, rileks, jangan serius sangat tapi kita perlu chill pada perkara yang dibenarkan.

Kita tak boleh ambil ringan dan tidak boleh buat bergurau perkara yang dilarang.

Kita buat lawak dan kata itu trend sahaja, tapi bila buat lawak macam tu, dia melanggari apa yang agama telah sarankan. Oleh sebab yang demikian, kita kena fikir dulu apa yang kita nak buat.

Dalam pada itu, PU Riz menasihatkan agar orang ramai lebih bijak dalam memilih trend yang lebih positif dan bermanfat di media sosial agar kehidupan sentiasa mendapat keberkatan.

Pilih trend yang baik, bagus dan jaga amalan kita semoga Allah berkat kita dalam hidup.

Sebelum ini, tular di TikTok satu trend menggunakan dialog ‘Aku berlutut? Tidak akan..’ ketika bersalaman sempena Aidilfitri, di mana seorang anak kepada ibu, adik kepada kakak, serta isteri kepada suami menolak untuk berlutut dengan gaya berseloroh.

Sumber: Instagram Haris Ismail