

Tindakan penyanyi Mimi Fly yang dilihat tidak cepat melatah dan bersifat positif susulan isu video muzik Serumpun telah pun mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Riz.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Fly Mohon Maaf Papar Imej Berkemban Dalam MV ‘Serumpun’ – ‘Bukan Nak Cipta Sensasi, Cuma Obses Dengan Karya Sendiri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ameera Tutup Dulu’ – PU Riz Tegur Adik Ipar Terselak Tudung, Netizen Puji Nasihat Diberi Dengan Sopan & Lembut
Tindakan lebih baik

Menerusi hantaran di laman Threads, PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Muhd Ismail menerima baik tindakan Mimi yang menyunting semula video muzik lagu tersebut selepas mendapat pandangan negatif daripada pelbagai pihak.
Walaupun ianya masih ditahap yang tidak digalakkan tonton, namun apa yang saudari penyanyi kita buat itu jauh lebih baik dari majoriti orang yang menerima teguran.
Hargai orang yang ditegur

Justeru, pendakwah berusia 30 tahun itu meminta orang ramai supaya menghargai mereka yang bersifat terbuka ketika diberi teguran.
Konsep tegur itu wajar dan wajib tapi jangan lupa menghargai orang yang menerima teguran.
Ingat agama ini mengiktiraf besar orang yang mengakui kesilapan dia.
Semoga Allah beri kebaikan kepada kita bersama.
Terdahulu, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu memohon maaf berikutan imej berkemban di dalam muzik video berkenaan didakwa kurang sesuai dengan lagu yang dihasilkan sempena sambutan Hari Raya.
Mimi kemudian akur dengan teguran yang diberikan lalu memilih untuk menurunkan video muzik lagu tersebut dan menggantikannya dengan video baharu.
Tindakan tersebut dilakukan penyanyi berusia 38 tahun itu berikutan penampilannya yang didakwa tidak sopan dan lari daripada maksud sebenar sambutan Aidilfitri.
Sumber: Threads PU Riz








