berita

[VIDEO] Punya ‘Layan’ Main Telefon Sampai Tak Sedar Isteri Jatuh Tersungkur

March 9th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Keterujaan sepasang pengantin dibawa berarak menaiki tandu (sejenis kenderaan tanpa roda dibawa tenaga buruh untuk mengangkut manusia) bertukar satu mimpi ngeri yang mungkin tidak dapat dilupakan seumur hidup selepas pengantin perempuan terjatuh.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Berjoget Sakan Atas Pentas Dengan Perempuan Cantik, Isteri Geram Baling Kasut

Pengantin terjatuh pula…

Ditonton hampir tiga juta kali di laman TikTok, video dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Herusuyanto1962 memaparkan seorang pengantin perempuan yang terjatuh ke atas jalan raya ketika sedang berarak. Menerusi video pendek dikongsi, pengantin lelaki dilihat begitu ‘asyik’ dengan telefon bimbitnya dan dipercayai merakam momen-momen tersebut di atas kenderaan berkenaan.

Namun secara tiba-tiba pengantin perempuan dilihat gagal mengawal keseimbangan badan ketika tandu itu membelok dan menyebababkan dia terjatuh ke atas jalan raya. Si suami ketika itu tidak sempat menarik tangan isterinya berikutan tangannya masih memegang telefon bimbit.

Bagaimanapun terdapat individu yang lain tampil membantu pengantin perempuan itu sebelum pengantin lelaki turun ke bawah bagi memeriksa keadaan isterinya. Difahamkan, pengantin tersebut berpakaian mengikut adat Jawa dan kejadian ini dipercayai berlaku di negara jiran, Indonesia.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan si suami yang terlampau ‘asyik’ dengan telefon bimbit dan tidak sedar dengan keadaan sekeliling.

Video penuh:

@herusuyanto1962Musibah# selamat#? suara asli – herusuyanto1962

Respon netizen

Sumber: Herusuyanto1962

SKIP THIS AD ×