Keasyikan seorang lelaki sedang berjoget di atas pentas bersama beberapa wanita lain dalam sebuah acara festival mengundang padah apabila seorang wanita dipercayai isterinya bertindak melempar kasut ke arahnya.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di negara jiran, Indonesia dan video itu dikongsi oleh andreli_48 di laman Instagram.
Suami sakan joget
View this post on Instagram
Menerusi video pendek dikongsi, seorang lelaki yang memakai baju berwarna biru dilihat sedang sakan berjoget ditemani beberapa individu yang turut berada di atas pentas tersebut.
Berang melihat tindakan si suami, seorang wanita dilihat berada dalam keadaan marah datang ke hadapan pentas secara tiba-tiba sebelum melemparkan kasut yang dipakainya ke arah lelaki berkenaan.
Entah apa yang terjadi bila sampai rumah.
Apa yang lebih melucukan lelaki tersebut dilihat sama sekali tidak ‘berganjak’ walaupun telah mendapat amaran daripada isterinya dan tetap menari seperti biasa. Perakam video ini sama sekali tidak dapat menahan ketawa melihat insiden tersebut dan terdapat seorang lelaki lain yang cuba memulangkan semula kasut wanita berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan video berkenaan dan ternanti-nanti hukuman yang bakal diterima oleh lelaki itu.
Depan isteri je berani, belakang mana berani.
Kalau belum sedia berkahwin dan ingin bebas, jangan kahwin.
Si suami langsung tak ada perasaan.
Sumber: andreli_48 & BeritaHit