Pelakon Dini Schatzmann masih berpendirian untuk mengunci mulut mengenai spekulasi kisah putus cinta dengan aktres Janna Nick.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Tayang Pakai ‘Skirt’ Pendek Pula
Artikel Berkaitan: Tampil Dengan Rambut Ungu, Janna Nick ‘Rawat Luka’ di Itali – ‘Jika Ia Memusnahkan Kamu, Itu Bukan Cinta’
Tutup mulut
@ohbulanofficial Pelakon Dini Schatzmann masih berpendirian untuk mengunci mulut youall ? #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #dinischatzmann #jannanick #putus ? original sound – Ohbulan
Ketika ditemui OhBulan!, Dini memohon maaf kerana tidak ingin berbicara perihal peribadi.
Saya nak minta maaf. Saya tak nak kongsi apa-apa pasal kehidupan peribadi.
Dini berkata demikian ketika majlis pelancaran Nestle Harvest Gourmet yang diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Itu personal dia
Dini, 28, turut diajukan soalan sama ada kontroversi itu sekadar gimik lagu terbaru pemilik nama Nurul Jannah Muner.
Jawabnya, apa yang dilakukan oleh aktres berumur 27 tahun itu adalah kehidupan peribadinya.
Apa yang dilakukan Janna adalah kehidupan peribadinya.
Personal dia adalah personal dia, dan personal saya adalah personal saya.
Dalam pada itu, pelakon drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek hanya tersenyum dan berlalu pergi ketika ‘keluar’ soalan mengenai status hubungan mereka.
Sebelum ini, pelantun lagu Gatal memuat naik status sudah ‘single’ selain sudah tidak lagi mengikuti Instagram (IG) Dini.
Terdahulu, Dini dan Janna memulakan percintaan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku.
Sumber: Instagram @dinischatzmann