Siapa sangka, momen gembira sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi berdarah dalam sekelip mata. 

Artikel Berkaitan: Shahidan Izwan Terlibat Kemalangan, Syukur Isteri & Bayi Dalam Kandungan Selamat

Artikel Berkaitan: Nabila Razali Terlibat Kemalangan, Bumper Kereta Tercabut

Tragedi berdarah

Sepasang suami isteri dilaporkan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka remuk akibat dihempap sebuah treler di lebuh raya Buga-Buenaventura, Colombia baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pada 19 Disember lalu itu bermula apabila keluarga berkenaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berhampiran perkampungan Córdoba. 

Disebabkan kesesakan yang lama, anak sulung pasangan tersebut terpaksa turun daripada kenderaan untuk membuang air kecil di bahu jalan.

Menerusi rakaman video tular yang dirakam oleh si ibu, Lina Marcela Diaz, dia kedengaran sempat tergelak kecil melihat gelagat anaknya itu dari dalam kereta. 

Namun, suasana ceria itu berakhir dengan jeritan ngeri apabila sebuah lori treler dari arah belakang gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh kereta mereka.

Rempuhan itu menyebabkan kereta yang dinaiki Lina dan suami, Diego Fernando Suarez tersepit di bawah sebuah lagi lori. 

Akibat impak rempuhan yang terlalu kuat, kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Lebih memilukan, anak sulung mereka yang berada di tepi jalan sempat berpaling ke arah belakang dan menyaksikan sendiri detik kereta ibu bapanya ranap di hadapan mata.

Pasangan malang ini dikenali penduduk setempat sebagai pemilik kedai runcit di Bellavista dan sangat disenangi ramai. Namun, apa yang lebih menyedihkan, laporan menyatakan kedai runcit milik mereka telah dijarah oleh pihak tidak bertanggungjawab sejurus selepas tragedi itu berlaku. 

Malah, seorang wanita turut dikesan cuba menceroboh rumah kediaman keluarga berkenaan.

Siasatan awal mendapati bahawa kegagalan sistem brek lori treler tersebut dipercayai menjadi punca rempuhan maut itu berlaku.

Sumber: Needtoknow.co