Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi momen menghadiri majlis perkahwinan salah seorang pekerjanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Dedah Aliff Syukri Buat Hal Lagi! Kali Ini Jual Pokok Di TikTok – ‘Patut Dibuang Tapi Dia Jual’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidup & Maju’ – Aliff Syukri Perjelas Maksud Di Sebalik Nombor Plat 133

Aliff Syukri hargai staf

Menerusi satu hantaran video di Instagram, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman dilihat hadir bersama isteri dan anak-anak bagi meraikan hari bahagia pekerjanya, Puan Fatin Zafira.

Walaupun jadual hariannya agak padat, tetapi Aliff tetap hadir ke majlis tersebut sebagai tanda penghargaan kepada staf yang telah lama berkhidmat bersamanya.

Hari ini adalah hari yang bersejarah untuk team managment sy puan Fatin Zafira. Walaupun agak sibuk saya tetap datang untuk mereka kakitangan saya ni maklumlah dia telah berkhidmat dengan saya lebih daripada 12 tahun.

Sebagai seorang majikan saya berbangga akhirnya beliau berjumpa juga dengan pasangan beliau setelah banyak kali kecundang semoga ikatan ini kekal sampai ke Jannah.

Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin dan rendah diri usahawan ini yang sanggup meluangkan masa meraikan hari bahagia pekerjanya walaupun sibuk dengan urusan perniagaan.

Majikan yang baik dan bagus.

Datuk dan Datin sangat humble.

Bagus majikan macam ni.

Sumber: Instagram Aliff Syukri