![[VIDEO] Rakan Tampil Pertahankan Shuk Sahar – ‘Dia Cari Duit Sebab Nak Bayar Kos Rawatan Jantung Kau Tu’](https://media.ohbulan.com/2025/03/kawan-shuk-11.jpg)

Kemelut rumah tangga antara pelawak, Shuk Sahar dan isterinya Fara Salleh dilihat masih lagi hangat dan menjadi tumpuan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Kurniakan Kau Perempuan Jauh Lebih Baik Dari Aku & Faham Persahabatan Sampai Abai Anak Isteri’ – Fara Salleh
Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Kahwin Tinggal Di Kondo & Ada Kerjaya, Sekarang Banyak Kali Dalam Akaun Tinggal RM30 Sahaja’ – Fara Salleh
Perkongsian rakan Shuk
View this post on Instagram
Terbaharu, seorang individu yang dipercayai rakan kepada Shuk iaitu Raje Ridzuan Khai tampil mempertahankannya selepas dihujani pelbagai dakwaan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Ridzuan berkongsi video yang memaparkan Shuk sedang membuat panggilan video bersama anaknya.
Sebelum ini nak jumpa pun tak boleh, apa lagi nak video call macam ini.
Bila telefon anak sendiri pun kena sorok-sorok dan kalau kantoi, merajuk! Kalau jumpa akan ugut itu, ini dan minta cerai.
Asyik dengar sebelah sana sahaja, sebelah sini malas nak berbunyi tapi dekat sini orang nak berniaga. Jangan rosakkan mood nak niaga.
Berniaga untuk kos rawatan

Dalam masa yang sama, Ridzuan menafikan dakwaan bahawa Shuk atau nama sebenarnya Muhammad Shukri Mohamed Sahar, 39, adalah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Malah, Shuk sedaya upaya berusaha untuk mencari rezeki bagi menampung kos perubatan Fara.
Berhentilah heboh hal dalam kain sendiri, yang awak nak jatuhkan itu suami sendiri.
Kalau dia pentingkan kawan, baik biar je awak mati hari itu masa sakit jantung. Dia menggelupur cari duit sebab nak bayar kos rawatan jantung kau tu.
Bukan sikit, berbelas ribu tau. Kalau tak sayang, lama dah dia biarkan awak tu.
Terdahulu, Fara memaklumkan telah memfailkan penceraian terhadap pelawak berkenaan pada awal Februari lalu.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Sumber: IG Raje Ridzuan Khai








