berita

[VIDEO] Rakyat Malaysia ‘Histeria’ Bila Park Bo Gum Nyanyi Lagu Belaian Jiwa

April 1st, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Korea, Park Bo Gum telah mengadakan konsert jelajahnya di Malaysia bersempena Park Bo Gum Asia Tour.

Bukan sahaja mempunyai wajah yang kacak, bintang Korea tersebut juga berjaya mencuri perhatian netizen apabila dia fasih menyampaikan lagu Belaian Jiwa nyanyian asal Innuendo, ketika mengadakan persembahan pada malam tersebut. Wow dahsyatnya!

Sedapnya suara dia

Menerusi Facebook Kakimuvee, sebuah video berdurasi 3 minit 47 saat telah dimuat naik. Video tersebut menyaksikan Park Bo Gum sedang bermain piano sambil menyampaikan Lagu Belaian Jiwa.

Sebutan dia sangat lancar

Rata-rata netizen kagum dengan kebolehannya menyanyikan lagu berbahasa Melayu, malah sebutan bahasa melayunya sangat jelas dan mudah difahami. Netizen juga meluahkan rasa terharu apabila melihat bahasa ibunda kita dinyanyikan oleh penyanyi bertaraf antarabangsa.

Sumber: Kakimuvee

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.