![[VIDEO] ‘Ramai Isteri Hilang Hormat Dengan Suami Miskin’](https://asset.ohbulan.com/2025/06/suami-isteri.jpg)
Setiap pasangan yang melayari bahtera perkahwinan pasti memiliki ujian tersendiri yang menjadikan hubungan dalam rumah tangga semakin kuat atau sebaliknya.
Artikel Berkaitan: Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai Selepas Empat Bulan Kahwin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Tak Sokong Para Suami Bagi Alasan ‘No Money’ Nak Elak Bagi Isteri Duit Raya – ‘Bukan Amaun Banyak Sampai Jadi Miskin’
Lelaki dilarang miskin
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, sepasang suami isteri bergaduh mulut akibat daripada tidak menjumpai jalan penyelesaian sehingga memilih untuk menjalani haluan masing-masing.
Difahamkan, si isteri nekad untuk bercerai kerana tidak tahan dengan masalah kewangan yang dihadapi dalam rumah tangganya.
Yang penting saya nak cerai sekarang.
Saya dah tak berminat.
Cerai saja, tak perlu ada komitmen.
Pada video berdurasi selama 30 saat itu, si suami menjelaskan bahawa dia memiliki banyak tanggungan yang perlu diuruskan namun keadaan itu tidak difahami oleh si isteri.
Cari isteri faham agama




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan kepada kaum lelaki agar memilih wanita yang memahami agama dan bukan hanya sekadar cantik rupa paras.
Sumber: TikTok @AriffPeter








