Tular di media sosial ketika ini lagu terbaharu dari penyanyi rap terkenal iaitu Malique berjudul Sedih Hati yang turut mengabungkan sebuah lagu nyanyian Allahyarhamah Mona Fandey.
Artikel Berkaitan: Roh Malique Hidup Dalam Gong Nekara. Apa Kaitan Dengan ‘Mambang’ Altimet?
Artikel Berkiatan: Penjaga Sel ‘Cik Jah’ Dedah Cerita Sebenar Mona Fandey Sebelum Dijatuhkan Hukuman
Lagu Mona Fandey
Menerusi klip audio yang dimuat naik di TikTok, warganet mendedahkan lagu yang dinyanyikan oleh Mona Fandey tersebut merupakan sebuah lagu lama yang berjudul Ratapan Anak.
Lebih menarik lagi, tajuk lagu Sedih Hati juga diambil dari bait lirik di dalam lagu nyanyian Mona Fandey itu.
Difahamkan lagu Mona Fandey itu dijadikan sebagai ‘intro’ dan ‘background’ pada lagu baharu Malique tersebut.
‘Dengar seram tapi lirik padu’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan hasil karya tersebut dan menyifatkan penyanyi rap itu tidak pernah gagal dalam menghasilkan lagu. Menurut mereka lirik yang ditulis oleh Malique mempunyai maksud yang sangat berat dan tersirat.
Dalam pada itu, warganet juga merasakan lagu tersebut mempunyai unsur seram kerana dikaitkan dengan misteri Mona Fandey berikutan kes pembunuhan kontroversi suatu ketika dahulu.
@akramsazlan
Sumber: TikTok