Seperti yang kita tahu, usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri kini sedang berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan haji selepas hampir 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tunai Haji, Baru Terbuka Hati Selepas 15 Tahun – ‘Dengan Kerelaan Diri Sendiri Tanpa Paksaan’
Kongsi momen tunai haji
Terbaru, Aliff dilihat memuat naik video memaparkan dirinya menunaikan haji bersama ibunya, Bonda Rozita Ibrahim.
Tak tahu nak cakap, betapa indahya hidup saya dapat ada mak di sisi saya ketika ini.
Masa kecil saya terpisah seketika, bila dah tua ni rasa menyesal kalau tak rapat dengan mak. Nenek dan abah dah tiada, tak tahu nak gambarkan macam mana. Sedih, gembira semua ada.
Usahawan sensasi itu turut menasihat orang ramai agar untuk terus berbakti kepada ibu selagi mereka masih ada.
Namun begitu, hantaran dimuat naik Aliff itu mendapat respon yang negatif dari wargamaya.
Respon netizen
Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang memuji Aliff yang dilihat sering mengutamakan ibunya meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.
Sumber: Instagram