![[VIDEO] ‘Rasa Penat Itu Biasa Bagi Wanita Hamil’ – Siti Saleha Tak Alami Alahan](https://asset.ohbulan.com/2025/08/siti-saleha-2.jpg)
Pelakon, Siti Saleha berkongsi perkembangan kandungannya yang kini mencecah usia empat bulan selepas mengumumkam berita gembira itu di Bali, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Tular Video Didakwa Nampak ‘Baby Bump’, Siti Saleha Belum Sedia Kongsi – ‘Doakan Yang Baik-Baik’
Artikel Berkaitan: Tiga Tahun Menyulam Cinta, Siti Saleha Kini Isteri Joshua Fitton
Perkembangan kandungan
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum memaklumkan dirinya sama seperti wanita lain yang berbadan dua.
Ujarnya, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan pada trimester pertama.
Alhamdulillah, pada trimester pertama, saya tiada alahan, mengidam atau mual. Namun, rasa penat itu biasa bagi wanita hamil.
Siti Saleha berkata demikian pada sidang media selepas meraih trofi Selebriti Ikon Terhangat pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Fokus pada kandungan
Dalam pada itu, aktres drama ‘7 Hari Mencintaiku’ berkata, dia bakal berehat demi memberi tumpuan kepada kesihatan dan bayi yang dikandung.
Selepas selesai projek sekarang, saya tidak akan shoot buat sementara waktu kerana meletihkan.
Saya mahu rehat sehingga bersalin dan tengoklah, apabila badan kembali mantap dan ramping, saya akan shoot semula.
Saya akan ambil masa sekejap, tetapi, tidaklah sampai dua atau tiga tahun.
Sekadar info, Saleha dan Joshua mendirikan rumah tangga dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, pada Februari lalu.