Pelakon Kamal Adli menyorot perhatian menerusi sebuah video pendek yang dihasilkan jenama makanan kambing perap, Pak Mat Western.

Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Beri Semangat Kepada Kamal Adli – ‘Allah SWT Maha Segalanya’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sumpah Kamal Adli Dapat Nasib Yang Baik Seperti Fattah Amin Selepas Cerai’ – Azhar Sulaiman

Sorok kesedihan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Kamal atau nama lengkap Ahmad Kamal Ahmad Adli, dilihat menjayakan filem pendek bagi jenama Pak Mat Western.

Bagaimanapun, air muka pelakon berusia 39 tahun itu meraih perhatian apabila dilihat seakan-akan menyorok kesedihan ekoran pergolakan rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Sementara itu, ramai netizen mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat Western kerana memilih Kamal Adli sebagai salah seorang selebriti yang turut menjadi sebahagian daripada pemasaran produk mereka.

Doa netizen

Terdahulu, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraian Kamal dan Uqasha.

Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia tujuh tahun sembilan bulan.

Sumber: TikTok @pakmatwesternhq