berita

[VIDEO] Reaksi Ayah Bila Dapat Surprise Kasut Idaman Sejak 2 Tahun Lepas, Mata Masuk Habuk!

August 19th, 2019 | by Arini Saleh
Video Popular

Pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan anak tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Kudrat mereka bekerja siang dan malam demi memastikan keselesaan keluarga haruslah dipandang tinggi.

Terbaru, perkongsian seorang anak memberi kejutan sepasang kasut kepada ayah membuatkan ramai sebak. Bayangkan ayah tiba-tiba menangis terharu melihat kasut tersebut. Mata masuk habuk!

Selamat hari jadi ke 52 ayah

Mendapat lebih 15k retweet, reaksi spontan ayah yang menangis sebaik sahaja melihat kotak kasut meruntun jiwa netizen. Tambah menyedihkan apabila mereka sekeluarga turut menitiskan air mata sambil memeluk ayah. Menurut individu ini, ayahnya sudah dua tahun mengidam kasut Onitsuka Tiger tersebut.

Ayah suka sangat

Di ruangan komen, rata-rata terharu dan sedih melihat momen paling berharga itu. Mereka turut mendoakan agar mereka sekeluarga dilimpah rezeki dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Tumpang sebak

Sumber : _MadreNana

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×