berita

[VIDEO] Remaja Biadab Samakan Wajah Guru Dengan Suspek Langgar Pelajar SPM

December 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

pelajar biadab

Seorang guru menyelar pelajarnya yang biadab kerana menyamakan dirinya dengan suspek kematian remaja 17 tahun yang didakwa dilanggar oleh anggota polis baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Boleh Undur Kereta, Anak Saya Merintih 40 Minit’ – Bapa Pelajar Maut Dilanggar

Artikel Berkaitan: Lelaki Tawar RM5,000 Kepada Yang Memiliki Bukti ‘Dashcam’ Pesalah Langgar Muhammad Zaharif Hingga Maut

Adab dengan guru

pelajar biadab

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, seorang guru yang dikenali sebagai Sir Hilmi sedang mengajar menerusi siaran langsung atas talian.

Kemudian seorang daripada pelajarnya meninggalkan komen biadab di sesi pengajaran itu.

Muka Sir macam muka pegawai yang langgar budak SPM tu.

Tidak berdiam diri, guru tersebut menegur pelajarnya dengan menitipkan nasihat berikutan komen berkenaan yang disifatkan melampau.

Kami ada ramai pelajar yang bersama dengan kami, saya jenis yang tak takut untuk sebut nama pelajar.

Tapi, saya takut nanti saya sebut nama awak tiba-tiba orang cakap ‘bukan kau ke yang kena marah dengan Sir?’

Jadi kalau kena macam itu awak akan malu dan pada ketika itu saya dah tak kisah apa dah.

Dalam pada itu, dia juga menegaskan tentang kesan buruk menjadi manusia yang tidak menjaga adab dengan seorang guru.

Bila awak malu awak akan depresi, bila depresi awak akan takkan belajar dan selepas itu awak akan anxiety dan akhirnya awak akan meninggal dunia sebab gagal.

Soalan saya kepada awak, adakah berbaloi untuk awak biadab terhadap saya?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan guru tersebut dan berharap agar semua pelajar akan lebih menjaga adab mereka ketika berkomunikasi dengan tenaga pelajar.

Jumaat lalu negara dikejutkan dengan kes kemalangan maut yang melibatkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Muhammad Zaharif yang berlaku di Ipoh, Perak.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan pada bahagian dada dan abdomennya akibat pelanggaran yang berlaku.

 

@naufnl

“Respect is to be earned, not to be given” – sir halim/ sir koala #form3 #uasa #kssm #upsa #pt3 #mcplus #plusianfluencer #sirhalim

? original sound – naufnl – naufnl

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×