Viral di media sosial mengenai rakaman sebuah video yang memaparkan penderitaan seorang remaja Filipina yang menghidap penyakit ‘Ossifying Fibroma’ iaitu tumor disebabkan resdung.
Artikel Berikutan: [VIDEO] ‘Alami Penyakit Bipolar Sangat Teruk, Buat Saya Fikir Nak Bunuh Orang’
Penyakit kronik sehingga buta
Menerusi hantaran dimuat naik seorang remaja yang dikenali sebagai Gian Karl Galido, 17, penyakit tersebut dipercayai berpunca selepas dipukul oleh jirannya ketika usianya 12 tahun.
Sebelum semua ini berlaku, jiran saya telah memukul kepala saya dengan menggunakan kayu semasa saya bermain. ibu bapa saya bimbang dan membawa saya ke hospital dengan segera. Ia mengambil masa 3 jam perjalanan.
Selepas menerima rawatan, pihak hospital mengesahkan bahawa Karl tidak mengalami sebarang penyakit yang serius malah keputusan juga adalah normal.
Namun, setelah beberapa tahun berlalu mata saya semakin membonjol dan kami kekurangan duit untuk membuat rawatan. Kami ke Cebu kerana tiada hospital yang dapat mengenal pasti masalah yang saya hadapi.
Pada tahun 2016, Karl telah membuat pembedahan dan beraggapan bahawa semuanya sudah berakhir. Malangnya, muka dan matanya semakin membesar.
Disebabkan kami kekurangan kewangan. Kami tunggu bertahun lamanya untuk berjumpa semula dengan doktor.
Pada tahun 2019, Karl telah membuat pembedahan kali kedua. Penyakitnya semakin kronik sehingga tumor di bahagian hidung semakin membengkak dan berdarah.
Keadaan mula jadi kritikal apabila Karl tidak dapat bernafas melalui hidung dan penglihatannya semakin tidak jelas ekoran buta.
Saya suka membaiki, terutamaya gadjet. Tetapi sekarang agak sukar bagi saya kerana mata sebelah saya telah buta dan sebelah lagi sedikit kabur.
Walau bagaimanapun, Karl tetap berusaha untuk meneruskan hidup dan memberikan kata semangat untuk dirinya. Dia percaya setiap yang berlaku itu adalah takdir daripada Tuhan yang harus diterimanya.
Video
@giangalido I am really desperate to recover from this illness. #help #tiktok #ossifyingfibroma #surgery #needhelpplease #assistance #guideme #helpme #helpthisgoviral #viralvideo #benigntumor #benign #fy #fyp #fyp? #philippines #kids #kid #teen #wish #smalllaude #kmjs #raffytulfoinaction #bitag #hiling #wishkolanggma7 #spreadlove #toughtimes ? Someone To Stay – Vancouver Sleep Clinic
Sumber: TikTok