Pelakon dan penyanyi Janna Nick menangis teresak-esak bercerita mengenai penyakit gangguan mental atau bipolar paling teruk dialami sejak disahkan dua tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Tak Tagih Simpati Netizen
Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Bodyguard’ Setia Temani Janna & Dini Honeymoon – ‘Anjing Haiwan Bijak, Tau Limit’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Janna Tidak Gelakkan Sesiapa’ – Amelia Henderson Jawab Isu ‘Work-Life Balance’
Sakit sangat teruk
Menerusi siaran langsung di TikTok, Janna meluahkan rasa sakit apabila tidak tahan mendengar suara bising sehinggakan tenggelam alunan zikir yang dibaca.
Kata pengacara berumur 28 tahun, tujuan dia berkongsi kerana ingin mewujudkan kesedaran kepada orang ramai agar tidak pandang ringan dengan sakit mental.
Saya bahagia, tiada masalah. Cuma, ada masalah dengan diri sendiri. Otak saya bising sangat hari ini. Paling teruk yang saya hadapi.
Saya bukan hari-hari begini tapi bila datang hari yang teruk, istighfar dan zikir tak dapat melawan suara-suara yang tengah bercakap dalam otak.
Bayangkan nak berzikir, 10 suara dalam kepala pun nak bercakap juga, lagi kuat sampai nak hentak kepala di dinding.
Penyakit bipolar yang saya alami ini sangat teruk. Ubat yang saya kena makan tiada kesan dan tak sesuai dengan kerja saya.
Pola tidur berterabur
@ohbulanofficial Allahu.. Semoga segala urusan dipermudahkan..????#ohbulan #fyp #trending #news #jannanick #bipolar #disorder ? Rayuan Perempuan Gila – Nadin Amizah
Pemilik nama Nurul Jannah Muner menyatakan berkemungkinan serangan ini terjadi berpunca disebabkan perubahan masa tidur dek kerana jadual penggambaran.
Saya jalani penggambaran seperti biasa tapi balik lewat setiap hari sekitar pukul 7 atau 8 pagi. Ada hari saya tidur pukul 2 petang, jadi waktu tidur saya bercelaru. Mungkin otak saya tak boleh terima.
Nak tidur enam jam tapi otak saya berperang. Dia (otak) paksa saya saya fikir benda-benda kritikal. Buat saya fikir macam mana nak bunuh orang, sorok mayat, lari daripada polis. Saya penat dan tak suka.
Apabila bangun, saya fikir macam mana solar sistem berfungsi, macam mana elektrik berfungsi. Suara-suara itu sangat bising, cakap macam-macam sampai saya rasa benci dengan otak saya.
Dalam pada itu, isteri kepada aktor, Dini Schatzmann turut mengingatkan bahawa penyakit mental bukan satu perkara yang boleh dibuat main.
Terdahulu, sekitar 2021, Janna mendedahkan mengalami masalah gangguan bipolar disorder, selain mengaku pernah cuba membunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.
Bagaimanapun, dengan bantuan pakar dia mula mengambil ubat anti kemurungan serta menjalani gaya hidup sihat bagi meminimumkan risiko serangan.
Sumber: TikTok