Penyanyi baharu Indonesia, Asrilia tidak risau untuk dibandingkan dengan penyanyi, Afgan selepas membuat keputusan untuk menyanyikan semula lagu hit Terima Kasih Cinta yang popular sehingga ke hari ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mahu Berkahwin Kerana Allah, Cinta Sahaja Tidak Cukup’ – Afgan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afgan Terharu Keluarga Peminat Dari Malaysia Hadiahkan Anak ‘Straight A’ Tiket Konsert, Sanggup Menabung Terbang Ke Jakarta

Gaya berbeza

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Asrilia Kurniati menjelaskan pembawakan lagunya berlainan dengan Afgan yang tertumpu pada hubungan cinta sesama manusia.

Perbandingan itu sudah pasti ada tetapi pembawakan saya agak berlainan.

Saya tidak takut sekiranya dibandingkan dengan penyanyi asal kerana masing-masing mempunyai gaya tersendiri.

Kalau kita takut dengan penilaian manusia, kita tidak akan menjadi diri kita sendiri.

Asrilia berkata demikian ketika ditemui pada sesi bersama media di ibu kota pada Khamis.

Tumpang populariti

Ketika ditanya sama ada dia menyanyikan semula lagu itu semata-mata untuk menumpang populariti, pelantun lagu Di Mana Salahnya itu menyerahkan kepada pandangan masing-masing.

Tidak mengapa kalau ada yang cakap seperti itu kerana masing-masing mempunyai pandangan sendiri.

Dalam pada itu, Asrilia juga menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri untuk menyanyikan semula lagu itu.

Sebenarnya ada lima lagu yang diberi untuk di ‘remake’. Pada awalnya saya takut untuk ‘remake’ lagu ini sebab pasti akan dihakimi orang ramai.

Semasa saya tunaikan solat Tahajud saya dapat rasa ia mempunyai makna yang mendalam dan rupanya lagu ini adalah tentang hubungan manusia bersama Tuhan.

Terdahulu, Asrilia melancarkan album kedua dengan sepuluh lagu pelbagai genre, termasuk lagu Serumah Tapi Tak Bersama bergenre rock-dut, hasil karya Pasha, pentolan Ungu dan anggota DPR RI.