berita

[VIDEO] Rempuh Motor Terbabas Di Tengah Litar & Terpelanting Ke Udara, Hafizh Syahrin Stabil

August 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan detik cemas dialami oleh pelumba Moto2 negara iaitu Hafizh Syahrin selepas terlibat dalam kemalangan pada Grand Prix Austria di Litar Red Bull semalam (Ahad).

Video kemalangan ngeri yang dimuatnaik oleh MotoGP di laman Twitter telah viiral di media sosial dan menerima pelbagai respon daripada netizen.

Detik cemas kemalangan

Menerusi video pendek yang dimuatnaik, insiden ngeri itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang pelumba Itali, Enea Bastianini telah terbabas dan terseret hingga ke tengah litar ketika pusingan keempat sedang berlangsung. Hafizh yang juga merupakan pelumba Aspar Team telah datang dari arah belakang gagal mengelak dan merempuh motosikal terbabit sebelum terpelanting ke hadapan.

Berikutan daripada insiden yang berlaku, seramai empat orang pelumba telah terlibat termasuk Hafizh Syahrin, Enea Bastianini dan dua lagi pelumba iaitu Edgar Pons dari Sepanyol dan Andi Farid Izdihar dari Indonesia.

Hafizh stabil

Sementara itu, Hafizh yang berusia 26 tahun itu telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Pengurus pasukan Aspar iaitu Gino Borsoi memaklumkan Hafizh kini berada dalam keadaan stabil.

Dia dalam keadaan baik, cuma mengalami lebam di bahagian badannya seperti di pinggang. Selepas kemalangan, Hafizh dalam keadaan sedarkan diri.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam Twitternya mengesahkan Hafizh Syahrin dalam keadaan sedar selain mendoakan kesembuhannya.

Sumber: MotoGP, Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×