berita

[VIDEO] Rezeki ‘Barkoba’ Melimpah Ruah, Bakal Dihadiahkan Sebuah Kereta Sempena Kemenangan ABPBH35

July 24th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Rezeki pemenang Bintang Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35, Bell Ngasri dilihat semakin melimpah ruah apabila dia bakal menerima hadiah terbaharu berupa sebuah kereta.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: ‘Yak Yak Yeah’ Menang! Malaysia & TV3 Isytihar Bell Ngasri Bintang Paling Popular

Sorak kegembiraan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Hot FM, seorang pengusaha kereta bernama Encik Fendi meluahkan keinginan untuk menghadiahkan Bell sempena kemenangan yang diraih pelakon dan pelawak itu pada malam Jumaat lalu.

Saya berbesar hati ingin menghadiahkan Bell sebiji kereta.

Berita baik itu ternyata mengejutkan konti radio nombor satu negara itu apabila kesemua penyampai radionya dilihat bersorak kegembiraan tatkala mendengar pengumuman tersebut.

Bell yang terkesima kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Fendi atas pemberian tersebut.

Seriuslah? Allahuakhbar, Encik Fendi sekarang ni saya dah nampak jelas dah wajah Encik Fendi tu, Allahuakhbar terima kasih lah banyak-banyak.

Rezeki tak salah alamat

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Bell atas hadiah yang diterimanya itu.

Terdahulu, Bell Ngasri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 selepas mendapat undian paling tertinggi. Selain membawa pulang trofi kemenangan, Bell Ngasri juga mendapat pakej umrah tajaan daripada penaja, Fellera Skinz.

Selain meraih anugerah Bintang Paling Popular, Bell turut dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular pada malam berkenaan.

Video

@hotfm976_ Alkisahnya pagi tadi, rezeki @bellngasriofficial dapat SEBIJI KERETA WEHHHH! Chief @Khairykj tolong petik siapa nak hadiahkan kereta untuk Bell, DAPAT TERUS TAU!!! Tahniah, Belll!!! ?? Tapi…. Hari menjadi suram sendu campur ribut taufan kalau @INIREALFAFAU ni! Chief KJ dah tolong petik kat radio banyak kali pun tak dapat dapat lagi boyfriend tu!! Moh bertabah ye, Fafau… ??? #KJJadiDJ #BekpesHot #JohanKiniDiHotFM #YangHangatDanTerbaik #hotfm #hotfmnomborsatu #bellngasri #abpbh ? original sound – Hot FM

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×