Pemergian seorang isteri pasti berat untuk diterima oleh suami dan anak.

Begitulah keadaan pengusaha salun rambut terkemuka iaitu Ridzokumura yang masih merindui isterinya, arwah Akiko Okumura.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keakraban Isteri & Anak Lelaki Dipersoal, RidzOkumura Tempelak Individu Komen Luc*h – ‘Tak Malu Ke? Kita Ada Maruah’

Artikel Berkaitan: Banyak Fitnah Timbul Sejak Pemergian Arwah Akiko, Ridzokumura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Tak mahu kahwin dah

@myliyaaaa Sayangnya abg kat arwah Akiko ? #ridzokumura ? original sound – sheyla

Menerusi klip potongan siaran langsung di TikTok, Ridzo atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, enggan mengenali mana-mana wanita untuk berumah tangga.

Tambahnya, dia hanya ingin fokus menjaga anak lelakinya, Sky Taizo Okumura sehingga besar.

Insya-Allah saya tak nak kahwin lagi.

Cukup lah saya jaga Sky sampai besar.

Tiada orang yang boleh ganti tempat arwah.

Saya tidak akan dapat orang sebaik dia.

Sebab itu saya cakap, arwah tiada dosa langsung dengan manusia. Sebab dia tiada kawan, hanya saya dan Sky saja.

Dalam pada itu, Ridzo hanya mengharapkan syurga buat Akiko atas kebaikan dan pengorbanannya sebagai isteri dan ibu kepada Sky.

Doa buat arwah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan pengakuan yang dibuat oleh suami Akiko Okumura itu. Selain itu, warganet turut mendoakan agar arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.

Sumber: TikTok @sheyla