Kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Akiko Okumura iaitu isteri kepada usahawan, Ridzuan Ridzokumura sehingga kini tetap menjadi sebutan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqram Dinzly Sifatkan Arwah Akiko Seorang Wanita Sopan, Minta Orang Ramai Henti Cetus Spekulasi – ‘Jangan Sibuk Buat Kerja Tuhan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Akiko Dah Jaga Saya & Sky Dengan Terlalu Baik, Tak Ada Orang Boleh Buat Macam Tu’ – Ridzuan Ridzokumura

Simpan duit raya

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, kelihatan Ridzuan sedang berkongsi dengan warganet duit raya milik anaknya, Sky Taizo yang masih tersimpan elok di dalam sampul.

Menurut Ridzuan, wang tersebut sebelum ini disimpan rapi oleh arwah Akiko sejak anak mereka masih kecil lagi.

Arwah ibunya simpan dan setiap sampul itu dia tahu siapa yang bagi. Ini daripada umur dia setahun hingga sekarang sudah 13 tahun.

Dalam ini semua ada duit, kami tak pernah buka pun. Sebelum ini arwah ibunya tak bagi saya usik sampul-sampul ini.

Dalam masa yang sama, Ridzuan berhasrat untuk menyimpan wang tersebut di Tabung Haji supaya cahaya mata tunggalnya itu dapat mendirikan rukun Islam kelima kelak.

Tapi sekarang saya kena buka semua sampul dan simpan.

Saya akan simpan semua duit Sky ini di dalam akaun Tabung Haji, jadi suatu hari nanti Sky boleh menunaikan ibadah haji.

Akiko sangat amanah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan arwah Akiko sebagai seorang ibu yang amanah kerana menjaga wang milik anaknya sehingga akhir hayat.

Terbaik arwah ibunya, masih simpan sekali dengan sampul. Isteri yang tertib, kami pun tak macam ini.

Rezeki Sky, bertuah dia duit raya masih elok dijaga walaupun sudah berbelas tahun. Berbeza dengan kita.

Amanah betul Akiko masih tersimpan elok duit raya anaknya, Al-Fatihah.

Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.

Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura.

Sumber: TikTok