Selebriti terkenal, Noor Neelofa mencuri perhatian pengguna media sosial selepas tampil berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang di Brunei.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kunci Untuk Masuk Syurga Adalah Suami’ – Neelofa
Berkerusi roda
@seorangnur Alhamdulillah Nunha dah sampai Brunei ?? #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ? Cinta Sesungguhnya – Sabhi Saddi
Menerusi video di TikTok, Neelofa yang memakai sepersalinan warna coklat muda itu disorong oleh suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Mohd Ismail. Difahamkan, pasangan ini berada di Brunei bagi tujuan perniagaan.
Dalam rakaman tersebut, Neelofa, 33, menyatakan dia dalam keadaan sihat ketika diajukan soalan mengenai dirinya.
Alhamdulillah semua okey.
Ramai risau
Biarpun begitu, rata-rata netizen mula berandaian pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor sedang hamil justeru tidak dapat berjalan jauh.
Selain itu, ada juga segelintir peminat yang menyatakan pengacara Next To Neelofa mengalami ‘gastric cramps’ atau kekejangan gastrik.
Dia mengalami kekejangan gastrik. Itulah sebabnya dia menggunakan kerusi roda. Perkara ini telah disahkan oleh kakitangan RB Brunei.
Di Instagram Stories @neelofateam.my, usahawan berjaya ini sudah tidak menggunakan kerusi roda ketika hadir di Pelancaran Jurnal ‘Hijrah Cinta’ & Sesi Bual Bicara Motivasi.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: TikTok @seorangnur