Penyanyi, Ronnie Hussein menolak dakwaan keputusannya untuk meninggalkan kumpulan Hyper Act pada tahun 2015 sebelum ini adalah disebabkan pergaduhan bersama anggota band itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jual Nasi Goreng Di Bazar Ramadan, Nyanyian Spontan Ronnie Hussein Dekat Pelanggan Tarik Perhatian

Artikel Berkaitan: ‘Sebab Aku Ada Naluri Kasih Sayang Terhadap Dia’ – Ronnie Hussein Berjaya Cari Penyanyi Sebenar

Tak bergaduh

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Shahron Hussein, 44, menjelaskan keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu adalah disebabkan pengurusan lama yang sebelum ini mengendalikan Hyper Act.

Untuk pengetahuan, mungkin ada yang dengar cerita saya dengan kumpulan lama iaitu Hyper Act bergaduh.

Kami tidak bergaduh cuma ada perselisihan faham dengan pengurusan lama.

Jadi bila sekarang pengurusan lama tidak menguruskan Hyper Act, okay saja sebenarnya.

Saya dengan ahli Hyper Act masih lagi berhubung dan kami pun pernah buat konsert bersama pada tahun lepas.

Ronnie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Dadali ‘Sebuah Kisah’ Volume 1 di Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tak serik

Ketika ditanya sama ada Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11) itu serik untuk menyertai mana-mana band selepas perkara itu, Ronnie menyatakan dia terbuka untuk menjalinkan kerjasama sekiranya diberikan peluang.

Bagaimanapun, Ronnie berkata dia lebih gemar untuk bergerak bersama pendatang baharu untuk mencipta nama bersama dalam industri seni.

Saya lebih suka atau lebih senang untuk naik bersama band yang baru.

Saya tidak rasa yang diri saya bagus cumanya benchmark penyanyi lama itu berada di satu tahap yang sangat tinggi.

Saya tidak mahu orang membezakan saya dengan penyanyi lama kumpulan itu apabila saya menggantikannya tetapi perkara pasti akan berlaku.

Sekiranya diberi pilihan, lebih baik saya bersama dengan kumpulan yang belum ada nama atau baharu untuk naik sama-sama.