berita

[VIDEO] Rozita Che Wan Sambut ‘Birthday’ Ke 51 – ‘Nampak Tua Ke Muda Tak Penting, Nak Sihat Je’

March 11th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Rozita Che Wan

Dramatis popular, Rozita Che Wan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-51 pada 9 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dilahirkan Memang Bukan Anak Orang Senang’ – Rozita Che Wan

Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Syukur Dapat Semula Akaun Instagram – ‘Tak Sia-Sia Naik Turun Pejabat SKMM’

Utamakan kesihatan

Rozita Che Wan

Bersempena dengan hari yang bermakna itu, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkongsi sepotong video di TikTok memperlihatkan dia meraikan hari ulang tahun kelahirannya dengan memegang sebiji kek dan berlatar belakangkan balon yang berwarna-warni.

Menerusi ruang kapsyen, Che Ta berkata di usianya yang ke-51 dia sudah tidak memikirkan tentang penampilan, sebaliknya hanya mahu kesihatannya terjaga dan berada dalam keadaan baik.

Aduh, bila usia begini kesihatan yang penting. Nampak tua ke muda ke dah tak penting bagi kami (saya).

Apa yang saya nak, sihat tubuh badan dan sentiasa bersama orang-orang yang tersayang. Betul tak hampa (anda semua)?

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meninggalkan ucapan selamat ulang tahun kepada Che Ta dan mendoakan kesejahteraan buatnya.

Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang mengatakan wajah dramatis itu tidak kelihatan seperti orang yang  sudah berusia 51 tahun dan memuji masih kelihatan cantik.

Video

@rozitachewan1 Aduhhhhhhhh ! Bila dh usia mcm gini , kesihatan yg penting ! Nampak tua ka nmpak ok lagi ka, tu dh tk penting bg kami .. apa yg kami nak, sihat tubuh badan dan sentiasa bersama dgn org2 yg tersayang .. betui dak hampa? . #cheta #rcw #rozitachewan #51yrsold #9mac ? Seperti Mati Lampu Aida_Saskia Fart 1 – ?ZioBANDUNG?

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×