Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi berkongsi keadaan ruang solat di salah sebuah rumah mangsa insiden kebakaran saluran paip gas yang mengakibatkan api menjulang tinggi baru-baru ini di Putra Heights.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Berhati Mulia Tawar Rumah Percuma Buat Mangsa Kejadian Paip Gas Putra Heights – ‘Boleh Tinggal Selama Dua Bulan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aidil Ghaffar Kongsi Kejadian Ketika Berlaku Kebakaran Paip Gas Putra Heights – ‘Saya Nampak Ada Kawasan Dikorek …’

Ruang solat tidak dijilat api

@najwanhalimi KEADAAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS— BILIK SOLAT TAK TERBAKAR! Salah satu rumah yang terjejas teruk… tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin. @SelangorTV #kitaselangor #kitaselangormajubersama #putraheights #putraheight #putraheightscommunity #kebakaranrumah ? original sound – Najwan Halimi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Najwan Halimi dilihat melawat kawasan yang mengalami kebakaran itu bersama ahli petugas yang lain.

Apa yang menakjubkan apabila keadaan ruang solat dilihat tidak terkesan dengan kebakaran yang melanda.

Salah satu rumah yang terjejas teruk.

Tapi bilik solat masih dalam keadaan baik.

Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya.

Dalam pada itu, Najwa Halimi menitipkan doa kepada seluruh mangsa terjejas agar diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan.

Amalan tuan rumah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan amalan yang dilaksanakan tuan rumah sehingga ruang solatnya dipelihara oleh Allah. Selain itu, warganet turut mengingatkan agar tidak meninggalkan solat kerana ianya merupakan tiang agama.

Sumber: TikTok @NajwanHalimi