berita

[VIDEO] Ryan Bakery Dedah Isteri Sedang Hamil 5 Bulan – ‘Kalau Lelaki Nama Ryan Ezra, Kalau Perempuan Raysha Ezra’

August 28th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ryan Bakery

Pempengaruh media sosial Ryan Bakery mengumumkan isterinya iaitu Elyia Ibrahim kini sedang hamil lima bulan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bermula Dengan Menjual Popia & Ikan Beta, Ryan Bakery Kongsi Pahit Manis Bergelar ‘Content Creator’

Artikel Berkaitan: TikTok Awards: Khairul Aming Menang Creator Of The Year

Dah ada nama

Ryan Bakery

Ketika ditemui OhBulan!, Ryan meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dia akhirnya bakal bergelar seorang bapa.

Malah, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata, dia sudah mempunyai nama buat bakal cahaya matanya.

Isteri saya kini sedang hamil 5 bulan. Tanpa saya sedar, saya bakal bergelar seorang ayah. Saya minta doa yang baik-baik daripada semua orang.

Jika anak lelaki saya cadang nak letak nama Ryan Ezra dan jika anak perempuan Raysha Ezra, insya-Allah.

Ryan berkongsi mengenai berita gembira itu ketika sesi sidang media Anugerah TikTok 2023 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), pada Ahad.

Dalam pada itu, Ryan berkata isterinya turut mengalami alahan yang teruk iaitu sering muntah selain mengidam untuk minum air teh hijau.

Ada alahan teruk pada isteri saya, dia muntah-muntah. Awalnya saya tidak tahu dia hamil sehingga dia tunjukkan kepada saya kit ujian kehamilan.

Saya ingat dia kena Covid-19, rupanya bukan. Bila tahu dia hamil, saya terus menangis. Jantina belum tahu lagi.

Ada juga dia mengidam yang pelik-pelik, contohnya nak minum air teh hijau. Kampung saya di Temerloh itu dah lah jauh ke kawasan dalam. Kalau nak keluar ke pekan jauh. Kalau saya mengadu penat, risau dia akan menangis. Saya start kereta pergi beli juga.

Bersyukur menang

Ryan Bakery

Sementara itu, Ryan yang berjaya memenangi kategori Popular Creator Of The Year pada Anugerah TikTok 2023 meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat yang telah menyokongnya.

Terima kasih kepada orang ramai, tanpa sokongan mereka saya tiada di sini.

Saya rasa sebenarnya macam tak layak apabila dalam kategori sama ada Sofyank. Dia merupakan sahabat saya dan jika ingin dibandingkan dia jauh lebih bagus dengan pencapaiannya di luar negara.

Walau bagaimanapun, saya tetap meluahkan rasa syukur di atas sokongan orang-orang Malaysia. Mungkin ada juga yang sokong dari Indonesia dan Singapura.

Terdahulu, Khairul Aming telah diangkat sebagai pemenang Content Creator Of The Year sekali gus menewaskan lima calon lain iaitu Boss James, Lawyer Gandhi, Auntie Purple, Sally Whoo dan Ceddy Ang.

SKIP THIS AD ×