Selebriti media sosial, Ryan Bakery, mendedahkan dia pernah bercita-cita untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak zaman persekolahan lagi.

Artikel Berkaitan: Ryan Bakery Nak Pakai ‘Braces’, Struktur Gigi Hadapan Berterabur

Gagal ujian MIT

Ryan atau nama lengkapnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 30, berkata, dia pernah menghadiri temuduga sebanyak dua kali, namun akur apabila gagal melepasi Ujian Integriti Malaysia (MIT).

Saya dari sekolah memang bercita-cita nak jadi polis. Ketika di sekolah menengah, saya masuk badan beruniform Kadet Polis.

Selepas habis sekolah, saya pernah hadiri temuduga untuk jadi polis, ujian fizikal semua saya lepas tetapi ujian MIT gagal.

Ryan berkongsi perkara itu menerusi saluran podcast Show Dalam Bilik yang disiarkan di YouTube OhBulan Official.

Tidak berputus asa, bapa kepada seorang anak itu turut mencuba nasib sebagai Polis Bantuan, namun rezeki masih belum menyebelahinya.

Gagal polis betul saya cuba pula nasib pada Polis Bantuan Genting Highland, asalkan nama polis saya mahu juga. Sampai dekat ‘check point’ semak ketinggian, saya tidak lepas. Kemudian terus disuruh balik.

Bercerita lanjut, Ryan memberitahu ramai ahli keluarganya yang bekerja dengan badan beruniform khususnya Tentera Laut Di Raja Malaysia (NAVY).

Adik-beradik mak saya semua berkahwin dengan anggota beruniform NAVY. Mak saya ada enam adik-beradik, dua lelaki dan empat perempuan. Yang empat perempuan itu semua kahwin dengan NAVY termasuk mak saya.

Jadi saya berfikir, kalau saya pun sertai NAVY tiada kelainan, sebab itu saya ingin masuk PDRM.

Undi Ryan

Dalam perkembangan lain, Ryan tercalon dalam OhBulan Paling Viral Online menerusi kategori Digital Content Creator Paling Viral.

Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.