Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah berkongsi perasaannya serta keyakinan terhadap kejujuran dan dedikasi adiknya dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Hantar Bella Astillah Tunai Umrah, Netizen Komen – ‘YB Sentiasa Act Of Service’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syed Saddiq Sanggup Naik Gunung & Turun Laut Demi Rakyat, Tak Ambil Duit Atau Bayaran’

‘Dia dah bersiap sedia kalau masuk penjara’

@yoursyidsyidi Sedih pula dengar kata kata dari abg YB kali ni ?? #syedsaddiq #spacedollah #podcast #bellaastillah #kes #mahkamah #fyp ? som original – clovmsc

Menerusi sesi podcast Parti MUDA, Syed Abdullah akui kecewa dan tidak sanggup melihat adiknya dipenjara, lebih-lebih lagi jika Syed Saddiq tidak bersalah.

Dia cakap dia dah bersiap sedia kalau masuk penjara walaupun saya dengan dia banyak perbezaan, tapi saya tak nak tengok adik sendiri msauk penjara.

Lainlah kalau dia salah, saya dah kenal Saddiq untuk jangka masa yang sangat lama dan bila saya tengok orang yang jujur jadi macam tu.

Dalam podcast tersebut, Syed Abdullah turut memberi semangat kepada Syed Saddiq agar terus berjuang demi perubahan yang lebih baik.

Mereka di Muar, biar itu sendiri sebagai bukti adakah dia seorang yang bertugas kepada rakyat ataupun tidak. Saddiq, saya sayang kamu sebab beri perubahan pada dunia dan awak ada kebolehan itu melakukannya.

Sedih, kecewa tetapi kami bersama awak. Kawan-kawan awak ada bersama dan saya pasti rakan-rakan di Muar juga akan dapat nilai sendiri. Saya percaya awak dan akan sentiasa doakan.

Luahan ini mendapat perhatian ramai yang turut bersimpati dengan situasi yang dihadapi oleh Syed Saddiq. Mereka mendoakan agar  urusan Ahli Parlimen itu dipermudahkan.

Sumber: TikTok, Youtube Parti MUDA