Pelakon Risteena enggan mengulas lanjut mengenai isu khalwat yang melibatkan adiknya iaitu Ruhainies dan penyanyi, Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: Kes Khalwat: Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah, Bayar Denda RM3,000 – ‘Sudah Selesai, Tutup Buku’

Artikel Berkaitan: ‘Bayang’ Aliff Aziz & Ruhainies Tak Kelihatan, Kes Khalwat Dijangka Tunda

Cakap je kena kecam

Menurut Risteena, 36, dia sedar apa sahaja percakapan yang keluar akan mengundang kecaman daripada warganet.

Bagaimanapun, Risteena menegaskan dia tidak menegakkan benang yang basah kerana salah tetap salah.

Saya tak nak komen banyak sebab apa yang keluar daripada mulut saya hanya akan dikecam dan tanggapan negatif.

Tapi sebenarnya hanya yang tahu sahaja tahu apa yang berlaku.

Salah tetap salah, apa yang penting semuanya sudah selesai.

Risteena berkongsi perkara itu ketika ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan yang berlangsung di Suntec, Singapura.

Selain Risteena yang membuka booth menjual kek coklat, antara barisan selebriti lain yang turut memeriahkan Celebfest yang berlangsung selama tiga hari adalah Fattah Amin, Nora Danish, Puteri Sarah Liyana, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Sophia Albarakbah, Mimi Lana, Syafiq Kyle, Hisyam Hamid, Datuk Fizz Fairuz, Nabila Razali, Aizat Saha dan ramai lagi.

Tak baca komen netizen

Ditanya keadaan Ruhainies, isteri kepada Isa Khan menyatakan aktres itu lebih memilih untuk tidak membaca komen negatif.

Ruhainies hanya bagitahu saya yang dia tidak baca komen.

Tak tahu pula kalau dia sedih ke apa, tapi setakat ini tengok dia okay sahaja.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas memberitahu dia dan keluarga bakal menunaikan umrah dan beraya di sana sama seperti tahun lalu.

Kami juga ada rancang nak tunai umrah dan beraya di sana.

@ohbulanofficial Doakan yang baik-baik ??#ohbulan #fyp #news #risteena #enggan #komen #isu #khalwat #ruhainies #bakal #umrah ? original sound – OHBULAN!

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku bersalah dan dikenakan bayaran denda sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Pada 20 Jun tahun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin berhubung kes khalwat di sebuah kondominium.

Media sebelum ini melaporkan seorang selebriti berstatus suami orang dan pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Sumber dilaporkan berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hasil maklumat awam. Pasangan itu dicekup di kediaman pelakon wanita terbabit.