Pempengaruh media sosial, Sally Whoo tampil memberi penjelasan selepas video unboxing pakaian sepasang anak kembarnya di TikTok menarik perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Pempengaruh Sally Whoo Umum Hamil Anak Kedua – ‘Niat Nak Rahsia, Tapi Perut Tak Boleh Sorok Lagi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Sally Whoo Umum Bakal Timang Sepasang Anak Kembar

Kenapa beli baju banyak sangat?

Menurut Sally, dia sudah menjangka akan timbul persoalan daripada orang ramai mengenai tindakannya membeli baju dalam kuantiti yang banyak memandangkan bayi cepat membesar.

Namun jelasnya, dia memilih untuk membeli dalam pelbagai saiz kerana tidak selesa melihat anak-anaknya memakai pakaian yang terlalu besar daripada saiz tubuh mereka.

Aku post video unboxing baju baby, dan seperti yang dijangka memang akan ada orang yang macam pelik kenapa beli baju banyak sangat, baby kan cepat membesar.

Pertama, aku beli banyak size. New born tak banyak sangat, 0-3m, 1-3m, 3-6m. Kedua, aku tak suka kalau pakai baju besar kat baby, masa Ean dulu kesian bajunya besar dari badan.

Akan diderma

@sallywhoo

Excited nak share journey baby twins dengan korang 🙈 Baby nursery slowly coming together 🫶🏻 #allahummabarik

♬ A Ba ba – (sounds of a cute baby) – AtilaKw

Dalam pada itu, tambah pemilik nama Nur Salihah Aimuni menyatakan tiada pembaziran berlaku kerana pakaian yang sudah tidak muat akan didermakan kepada golongan yang memerlukan.

Insya-allah kalau dah tak muat memang Sally akan bagi orang sama, baju Ean dulu banyak dah bagi orang, Insya-allah tak membazir.

Sebelum ini, Sally dan Toq memuat naik video unboxing pakaian bayi yang dibeli untuk dibasuh.

Namun, video tersebut menerima pelbagai reaksi apabila segelintir netizen mempersoalkan kuantiti pakaian yang dianggap berlebihan dan membazir.

Terdahulu, Sally mendedahkan bahawa dia dan suaminya bakal menimang sepasang cahaya mata kembar ketika majlis dedah jantina bayi (gender reveal).

Imbas kembali, Sally mendirikan rumah tangga bersama Toq dan hasil perkahwinan memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.

Sumber: TikTok & Threads