Pempengaruh media sosial, Sally Whoo atau nama sebenar Nur Salihah Aimuni mengumumkan kehamilan cahaya mata kedua.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sally Whoo Ada Sebab Tak Bawa Ean Maleeq Ke London – ‘Saya Tak Suka Pergi Bercuti Dengan Kawan Bawa Anak, Rushing’

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Pengikut Marah Tak Ucap Terima Kasih, Sally Whoo Minta Maaf – ‘Saya Memang Ada Stage Fright’

Hamil anak kedua

Sally berkata, dia pada awalnya mahu menyembunyikan perkara tersebut, bagaimanapun perutnya semakin jelas kelihatan.

Ingat lagi awal tahun 2025 ada bergurau dengan kawan-kawan kata tahun ni nak mengandung, tak sangka, alhamdulillah.

Sebenarnya niat di hati nak simpan dulu, kalau boleh biarlah jadi rahsia sampai hari dia lahir. Tapi bila perut makin jelas dan ramai yang mula meneka, rasa macam dah tak boleh sorok lagi.

Sally berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok beserta beberapa foto bersama suami.

Dalam pada itu, Sally meminta orang ramai supaya mendoakannya agar sentiasa sihat dan dipermudahkan sehingga melahirkan.

Jadi inilah sedikit khabar gembira buat keluarga kecil kami. Doakan saya sihat dan dipermudahkan segala urusan sehingga hari melahirkan.

Sementara itu, Sally juga menitipkan kata-kata semangat kepada wanita di luar sana yang masih berjuang untuk memiliki zuriat.

Buat kalian yang masih menanti, yang setiap bulan menyimpan harapan, yang selalu menangis diam-diam lepas doa terakhir malam, saya titipkan doa, harapan dan kasih dari jauh.

Semoga Allah pinjamkan bahagia ini buat kalian juga, pada waktu yang paling tepat dan paling indah.

Imbas kembali, Sally selamat mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga pempengaruh dikenali sebagai Toq. Mereka juga memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.

Sumber: TikTok