![[VIDEO] Sally Whoo & Suami Kongsi Rezeki Dengan Jururawat, Netizen Doa ‘Traffic Light’ Selalu Hijau](https://asset.ohbulan.com/2025/11/sally.jpg)
Suami kepada personaliti media sosial, Sally Whoo iaitu Toq menyorot perhatian dengan keperibadiannya yang pemurah pada hari terakhir bermalam di pusat jagaan ibu dan anak.
Artikel Berkaitan: Sally Whoo Sedih & Akui Hilang Keyakinan Diri Selepas Bersalin – ‘Aku Takkan Dapat Badan Yang Dulu’
Artikel Berkaitan: Sally Whoo Mohon Maaf Isu Kekeliruan ‘Username’ Sama Dengan Siti Saleha – ‘Masa Buat TikTok, Tak Tahu Itu Nama…’
Kongsi rezeki
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, suami Sally atau nama sebenarnya Nur Salihah, dilihat berkongsi rezeki bersama beberapa penjaga anak kembar mereka yang baru dilahirkan.
Alhamdulillah, esok nak balik dah.
Terima kasih banyak-banyak, ada rezeki lebih dari El Haqq dan El Nawra.
Kita kongsi dengan jururawat yang jaga mereka siang dan malam.
Netizen doa murah rezeki




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sifat pemurah Sally dan suami yang sentiasa berkongsi rezeki. Selain itu, warganet turut mendoakan agar pasangan ini terus dilimpahkan rezeki yang luas.
Untuk info, Sally telah selamat melahirkan cahaya mata kembarnya iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan pada 1 November lalu.
Sekadar rekod, Sally mendirikan rumah tangga bersama suami, Toq dan sebelum kelahirkan bayi kembar, mereka memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.
Sumber: TikTok @Toqforshort






