![[VIDEO] Sarimah Ibrahim Sambung Pengajian, Mahu Jadi Inspirasi Untuk Anak](https://asset.ohbulan.com/2026/10/IMG_2298.jpeg)
Pelakon Che Puan Sarimah, berkongsi mengenai keputusannya melanjutkan pelajaran ke Harvard Medical School meskipun mempunyai jadual yang padat sebagai seorang aktres dan ibu.
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Kembali Ke Kelas Lakonan – ‘Tiada Istilah Dah Cukup Bagus, Sentiasa Berlatih & Belajar’
Perkongsian Sarimah

Ketika ditemui OhBulan! Sarimah, 48, berkata, impiannya untuk meraih pencapaian tertinggi dalam bidang pendidikan tidak pernah padam kerana percaya pada kepentingan ilmu.
Saya sedang sambung belajar insyaAllah kalau ada rezeki impian mahu belajar sehingga ke peringkat doktor falsafah.
Bagi saya kita kena sentiasa kena belajar, sebab kata orang, rezeki dan ilmu itu tidak akan pernah terputus. Kita sentiasa boleh menambah pengetahuan.
Menurut Sarimah, dia mahu memberikan contoh terbaik dan menjadi inspirasi kepada anaknya iaitu Tunku Sofia Najihah, 7, terutama dalam pendidikan.
Saya nak tunjuk pada anak saya bukan setakat glamor, kita nampak selesa sekarang tak bermaksud kita sentiasa selesa sebelum ini.
Dia pun tak pernah tengok saya belajar sebab sebelum dia lahir saya sudah ambil Degree.Jadi dia tak nampak ibunya ambil Masters. InsyaAllah dia akan terinspirasi dengan ibunya.
Saya mahu tunjukkan kepada dia, “Kalau mummy nampak glamor masih juga belajar, kenapa awak tidak?”
Sarimah berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang diadakan di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, pelakon filem Pewaris Susuk itu tetap aktif sebagai anak seni dengan mencuba sebaik mungkin untuk mengimbangi masa antara kerjaya dan pelajaran.
Karier masih berjalan. Saya pun sudah biasa, pegang skrip satu tangan, sebelah tangan lagi pegang buku.
Penggambaran pun baru sahaja selesai. Saya berehat dan sambil belajar, kemudian sambung semula penggambaran. Ini memang saya buat sejak tahun 2009 lagi.
Agak susah sebab kita kena ikut masa pengarah dan pihak produksi.
Jika tak ada penggambaran kita kena bahagikan masa untuk hantar anak ke sekolah, gim dan masa untuk ‘me time’ itu tak ada. ‘Me time’ pada saya adalah ketika saya belajar.
Terdahulu, menerusi hantaran di Threads, pelantun lagu Kini Kau Tiada itu berkongsi sudah memulakan pengajiannya secara dalam talian menerusi program Kesihatan dan Kesejahteraan Wanita serta Kepimpinan di institusi pengajian tersebut.
Pelakon Paling Viral

Dalam perkembangan lain, Sarimah turut tercalon bagi kategori Pelakon Paling Viral di OhBulan! Paling Viral Online 2.0 (OBPVO).
OBPVO 2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!








