![[VIDEO] Sasha Abdul Aziz Buat Ceramic Veneer, Netizen Terkejut Dengan Harga – ‘Boleh Bayar Deposit Kereta’](https://asset.ohbulan.com/2025/11/sasha-dua-1.jpg)
Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz menyorot perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya sedang melakukan prosedur ceramic veneer.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Selamat Bersalin Anak Ketiga
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Syukur Selesai Khatam Al-Quran Sebelum Bersalin Anak Ketiga – ‘Memang Mengaji Untuk Idris’
Ceramic veneer
Menerusi perkongsian di TikTok, Sasha menunjukkan perbezaan penampilan dirinya sebelum dan selepas menjalani prosedur tersebut.
Sasha bagaimanapun enggan berkongsi jumlah penuh kos prosedur tersebut tetapi menyifatkan jumlahnya cukup untuk membayar deposit kereta.
Alhamdulillah gigi ceramic veneer sudah siap. Boleh bayar deposit untuk satu kereta.
Sementara itu, di ruangan komen, Sasha berkongsi satu batang gigi dengan ceramic veneer berharga RM1,800.
Perkongsian itu kemudiannya pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya yang rata-ratanya terkejut apabila mendapat tahu anggaran keseluruhan gigi itu.
Segelintir wargamaya mengambil peluang untuk bertanya mengenai veneer tersebut, selain berkongsi pandangan tentang kebaikan dan keburukan prosedur itu.
Sumber: TikTok