berita

[VIDEO] ‘Saya Apa Pun Tak Ada, Tolong…’

January 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang wanita menjadi mangsa ragut kepada seorang penunggang motosikal. Ketika kejadian, mangsa bersendirian dan baru sahaja keluar dari kenderaanya. Namun, datang seorang lelaki yang secara tiba-tiba meragutnya.

Lapor Harian Metro, kejadian tersebut berlaku 8.20 pagi semalam, di Eco Sunctuary, Telok Panglima Garang, Selangor.

Kejadian ragut

Menerusi video rakaman litar kamera tertutup (CCTV), menunjukkan seorang lelaki yang ‘berpatah balik’ setelah melihat seorang wanita yang baru sahaja keluar dari keretanya dengan membawa beg. Sebelum wanita itu diragut, dia sempat mempertahankan begnya sebelum dilarikan oleh penunggang motosikal itu. Difahamkan, mangsa merupakan seorang guru.

Saya apa pun tak ada, apa pun tak ada, tolong!!

Terbaru, peragut yang bersenjatakan parang itu, sudah berjaya ditahan oleh pihak polis selepas lapan jam insiden itu berlaku. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, suspek merupakan warga tempatan berusia 26 tahun, telah ditangkap di Kampung Sijangkan pada 4 petang semalam.

Tangkapan dibuat susulan maklumat orang awam yang menghubungi polis dan menghantar video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan, rondaan, kemudian mengesan serta menangkap suspek di Kampung Sijangkang petang tadi.

Masih dalam siasatan

Susulan penangkapan dibuat, pihak polis hanya berjaya menjumpai sebahagian barang milik mangsa yang telah diragut. Jelas Azizan lagi, pihaknya mempercayai beg tangan tersebut telah dibuang terlebih dahulu. Ketika kejadian, mangsa berjaya meragut beg tangan yang mengandungi dokumen peribadi dan wang tunai milik mangsa.

Mangsa yang mengalami bengkak pada bahagian kepala, lebam di lengan dan lutut sebelah kanan serta sakit di bahagian atas paha kanan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, dan perintah reman akan dimohon hari ini di mahkamah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×