![[VIDEO] ‘Saya & Ayah Ikat Perut, Pernah Tak Dibayar 9 Bulan’ – Wafiy Aan](https://asset.ohbulan.com/2026/07/wafiy.jpg)
Pelakon, Wafiy Aan berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilaluinya bersama bapanya apabila berdepan masalah kewangan susulan bayaran kerja yang tertangguh, sehingga memaksa mereka mengikat perut demi meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Bengang Hun Haqeem Dituduh B*d*h & Lemah, Jaa Suzuran Selar Kenyataan Netizen – ‘Susah Ke Nak Doa Yang Baik Untuk Orang?’
Pernah ikut perut bersama – Wafiy Aan
Menerusi sebuah podcast di saluran Suhan Channel Official, pemilik nama Mohd Wafiy Ilhan Johan itu mendedahkan bahawa dia dan bapanya pernah menunggu sehingga sembilan bulan untuk menerima bayaran bagi beberapa pekerjaan yang telah diselesaikan.
Namun, dia memilih untuk bersabar kerana percaya urusan pembayaran tersebut sedang dalam proses dan diuruskan oleh pihak pengurusan serta kewangan.
Jangan kata ayah saya je pernah tak makan sebab nak survive kat KL, kami berdua pernah ikat perut.
Kita kerja dengan banyak management.
Duit kita tu memang mereka akan rolling untuk pakai benda lain.
Saya dengan ayah pernah job dah sembilan bulan tak kena bayar.
Saya tak juga kena kencing sebab orang-orang yang handle kat situ saya percaya.
Duit tu ada je, cuma lambat.
Dah minta, tapi dia kata, ‘Oh, kita punya finance tengah uruskan’.
Dalam pada itu, Wafiy turut berkongsi bahawa pernah suatu ketika baki wang dalam akaun bank milik bapanya hanya berbaki RM15, sehingga mereka terpaksa menjadikan kepingan keju sebagai alas perut untuk menahan lapar.
Pernah saya nampak duit dekat bank ayah, tinggal RM15.
Memang dah tak boleh nak keluar.
Satu masa, ayah dengan saya makan cheese yang dekat orang selalu letak kat burger tu.
Masa tu telur apa semua tak ada.
Tapi tak adalah berlapar sangat sebab masa shooting ada sediakan makanan.
Masa tu tak fikir nak bawa balik makanan shooting.
Tambah Wafiy lagi, satu detik yang tidak dapat dilupakannya adalah ketika dia dan bapanya memeriksa baki akaun bank dengan harapan terdapat wang yang masuk, sebelum dikejutkan dengan kemasukan RM1,000 yang disifatkan sebagai rezeki tidak disangka-sangka.
Ada satu masa saya tak ada shooting, off day.
Saya kata, ‘Bang, jomlah jalan-jalan pergi mall.’, ‘Bang, jomlah kita check bank. Mana tahu tiba-tiba orang tersalah transfer ke apa ke.’
Ayah saya tengok akaun bank, memang ada masuk RM1,000!”
Sumber: TikTok