Isu perasmian majlis sekolah masih berlarutan apabila pempengaruh dan usahawan, Muhammad Faiz Aizif, meluahkan rasa tidak puas hati selepas dihina sebagai tidak layak hanya kerana mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Salah Saya? Saya Bukan Penjenayah’ – Faiz Aizif

Artikel Berkaitan: JPN Kedah Siasat Pempengaruh Media Sosial Rasmi Majlis Anugerah Akademik

Terkilan

Faiz, atau lebih dikenali sebagai Faiz Soul, kemudian mempersoalkan sama ada dirinya dihina hanya kerana memiliki SPM tanpa sebarang kelulusan lain.

Saya dihina tidak layak rasmi sekolah sebab berbekalkan SPM, tiada ijazah. Persoalan saya, hina sangatkah yang ada SPM?

Berapa banyak sumbangan yang ada ijazah kepada sekolah?

Bagaimanapun, Faiz berkata walaupun kelulusannya tidak setinggi orang lain namun dia masih mampu menggajikan individu yang mempunyai kelulusan ijazah.

Saya mungkin tiada ijazah tetapi sekurang-kurangnya saya mampu gajikan pekerja yang ada ijazah dan sijil lain.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah sekolah di negeri itu yang menjemput seorang pempengaruh media sosial untuk merasmikan majlis anugerah akademik.

JPN berkata pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya didapati pentadbir sekolah melanggar peraturan yang ditetapkan.

Sebelum ini, Faiz hadir ke sebuah sekolah di Kedah untuk merasmikan majlis akademik. Bagaimanapun, kehadirannya mendapat pelbagai respon dan tercetus perdebatan warganet dalam media sosial.

Sumber: Threads