![[VIDEO] ‘Apa Salah Saya? Saya Bukan Penjenayah’ – Faiz Aizif](https://asset.ohbulan.com/2025/12/faiz33.jpg)
Pempengaruh dan usahawan, Muhammad Faiz Aizif atau Faiz Soul tampil mempertahankan dirinya susulan isu jemputan merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah.
Artikel Berkaitan: JPN Kedah Siasat Pempengaruh Media Sosial Rasmi Majlis Anugerah Akademik
Artikel Berkaitan: Faiz Aizif Sumbang RM25,000 Kepada Tabung Gaza – ‘Tidak Kutip Duit Sesiapa, Hasil Berniaga’
Beri sumbangan

Menerusi perkongsian di Threads, Faiz menjelaskan bahawa kehadirannya di sekolah berkenaan hanyalah sebagai seorang individu yang mempunyai perniagaan untuk berkongsi pengalaman.
Di hantaran sama, Faiz berkongsi video yang memaparkan dirinya bersama para pelajar di sekolah.
Satu Malaysia viral isu saya rasmi sekolah.
Apa salah saya? Saya hadir sebagai usahawan, saya bukan penjenayah, saya bukan banduan yang hadir rasmi sekolah.
Dalam masa sama, Faiz turut mempersoalkan tindakan siasatan yang diambil terhadap pihak sekolah tersebut sedangkan dia turut hadir memberikan sumbangan.
Saya Faiz, hadir dan siap hulur sumbangan.
Silap apa sampai perlu disiasat pihak sekolah?
Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah sekolah di negeri itu yang menjemput seorang pempengaruh media sosial untuk merasmikan majlis anugerah akademik.
JPN berkata pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya didapati pentadbir sekolah melanggar peraturan yang ditetapkan.
Sebelum ini, Faiz hadir ke sebuah sekolah di Kedah untuk merasmikan majlis akademik. Bagaimanapun, kehadirannya mendapat pelbagai respon dan tercetus perdebatan warganet dalam media sosial.
Sumber: Threads Faiz Soul








