Personaliti media sosial, Space Dollah berkongsi detik cemas apabila dia hampir lemas semasa bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Space Dollah Bongkar Rahsia Ketika Jadi Pramugara Di Dubai, Dedah Pernah Tipu Mama & Abuya – ‘Saya Cakap Kerja Engineer’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pernah Bercakap Dengan Ayden, Dia Bijak & Sangat Pandai’ – Space Dollah

Space Dollah lemas

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, mengimbas kembali insiden yang berlaku pada 17 Jun lalu.

Menurut Space Dollah kejadian tersebut terjadi semasa dia bersama ahli keluarganya serta rakan-rakan mengunjungi ke destinasi percutian itu atas urusan kerja dan melancong.

Saya pergi ke laut dengan penuh keyakinan dan mengajak Hadi untuk berenang ke tengah. laut Ketika itu saya fikir saya seorang yang sangat pandai berenang. Ombak pula nampak biasa sahaja.

Tetapi saya salah kerana saya terus berenang dan semakin jauh sehingga tidak sedar ombak telah menarik saya ke tengah laut.

Semakin jauh saya di tengah laut, semakin kuat ombak menghentam saya. Pada masa itulah saya sedar saya sudah terlalu jauh dan perlu berenang kembali ke pantai, tetapi ombak semakin kuat.

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq itu berkata, dia telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan diri, malah yakin dengan kemampuannya untuk berenang.

Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin serius apabila ombak menarik dirinya ke tengah laut sehingga dia panik. Tambahan pula, tiada siapa yang mendengar jeritannya meminta tolong.

Saya sandarkan badan ke belakang dan berharap ombak akan membawa saya kembali. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila saya ditarik semakin jauh ke tengah laut.

Ketika itu saya sedar keadaan sudah menjadi serius. Saya mula terminum air laut dalam jumlah yang banyak dan tenaga semakin lemah. Saya menjerit meminta tolong beberapa kali tetapi tiada siapa yang mendengar.

Saya fikir saya akan mati. Saya dah mula panik kerana situasi itu semakin serius. Saya mengucap ketika itu juga. Saya terminum terlalu banyak air laut dan terlalu lemah untuk berenang.

Syed Saddiq bantu

Tidak lama kemudian, Syed Saddiq bertindak pantas dengan menyelamatkan abangnya dari terus ditenggelami arus ombak.

Dalam masa yang sama, Space Dollah turut meluahkan rasa syukur kerana terselamat daripada kejadian yang tidak pernah dijangkakannya itu.

Tiba-tiba Syed Saddiq datang. Saya sendiri tidak tahu dari mana dia muncul dan dia tolak badan saya dari belakang. Ketika itu kaki saya sudah terlalu lemah dan saya sudah tidak mampu berenang.

Dia berada di belakang saya dan menolak badan saya perlahan-lahan ke arah pantai. Selepas tiba di pantai, saya menangis kerana saya sangkakan itu saat terakhir saya.

Kalau Syed Saddiq tidak datang pada waktu itu, saya benar-benar percaya saya sudah tiada. Itu adalah pengalaman yang paling mengerikan yang pernah saya lalui.

Saya sangat bersyukur kerana masih selamat. Saya yang tinggi dan yakin dengan kemampuan sendiri ini pun gagal untuk berenang di laut.

Justeru itu, Space Dollah menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika bermandi-manda di laut dan sentiasa peka dengan keadaan ombak meskipun mempunyai kemahiran berenang.

Sumber: Threads