![[VIDEO] Space Dollah Bongkar Rahsia Ketika Jadi Pramugara Di Dubai, Dedah Pernah Tipu Mama & Abuya – ‘Saya Cakap Kerja Engineer’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/spaec-dollah-2.jpg)
Personaliti media sosial Space Dollah mengaku bahawa dia pernah berbohong kepada ibu dan bapanya ketika bekerja sebagai pramugara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syed Saddiq Tak Tunjuk Emosi, Tapi Kalau Dia Diam…’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pernah Bercakap Dengan Ayden, Dia Bijak & Sangat Pandai’ – Space Dollah
Pendedahan Space Dollah
Space Dollah mendedahkan perkara tersebut menerusi podcast Borak Dalam Galley yang dikendalikan oleh selebriti Zarul Umbrella dan CK Faizal.
Menurut Space Dollah atau nama lengkapnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, dia menipu ibu bapanya dengan mengatakan bahawa dia telah mendapat peluang pekerjaan di sana sebagai jurutera.
Saya tipu mama dan abuya, saya cakap dekat mereka saya ke sana untuk jadi jurutera.
Saya minta maaf mama, abuya.
Mereka hantar saya sampai ke lapangan terbang tetapi mereka tak minta pun untuk tengok surat.
Tak tertanya-tanya ke..kenapa saya tak post gambar dengan kru.
Bekerja di Dubai

Dalam masa yang sama, abang kepada Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq itu turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang merasai pengalaman sebagai pramugara di Dubai.
Pertama kali ke Dubai, tak ada yang tak best di situ. Yang panas pun jadi sejuk sebab teruja.
Saya adalah orang yang paling gembira sekali. Sebab kami dapat bilik sendiri..ada dua bilik sahaja.
Saya rasa seperti duduk di rumah mewah sebab kondominium cantik dengan dapur yang besar.
Sumber: TikTok Zarul Umbrella








